Friday, May 13, 2011

Modul 5 Sunrise

Bertempat di Bukit Panorama , Sungai Lembing kami telah menyiapkan tugasan ke 5 kami iaitu sunrise . Perjalanan untuk sampai ke puncak bukit tersebut dianggarkan selam setengah jam . Selepas penat mendaki , kami telah merakamkan beberapa  keping gambar sunrise . Berikut merupakan contoh-contoh gambar





Modul 4 Potraiture .

Juga bertempat di Sungai Jin kami telah menyiapkan tugasan ke 4 kami iaitu potraiture . Dibawah merupakan beberapa contoh gambar yang telah dirakam





Modul 3 Macro/Micro

Juga bertempat di Sungai Jin , kami telah menyiapkan tugasan ketiga iaitu Macro/Micro . Antara gambar-gambar yang telah ditangkap ialah 







Modul 2 Slow Shutter

Pada hari kedua kami di sana , kami telah dibawa ke Sungai Jin untuk menyiapkan modul 2 iaitu Slow Shutter . Berikut merupak beberapa contoh gambar yang telah ditangkap





Modul 1 Night Potraiture , Light Painting dan Low Light

Pada malam pertama kami di kem , kami telah menyiapkan modul 1 iaitu tugasan pertama kami . Dibawah berikut merupakan contoh-contoh gambar








Thursday, May 12, 2011

Perkhemahan Pertama Kelab Seni Foto

Pada 22 , 23 dan 24 April 2011 , kelab seni foto telah diadakan di TAPIS RESORT SUNGAI LEMBING . Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan di kem tersebut .





JUMAAT (22.4.2011)
3.45 petang : Berkumpul di SMKC.
4.00 petang : Berangkat ke Sungai Lembing.
5.00 petang : Pendaftaran di Tapis Resort.
5.30 petang : Minum petang/Solat Asar.
6.00 petang : Pembahagian Kumpulan & Fasilitator.
7.00-8.30 malam : Solat Magrib/Makan Malam/Solat Isyak.
8.45 malam : MODUL 1 – Light Painting.
9.45 malam : MODUL 2 – Low Lite.
11.00 malam : Tidur.
SABTU (23.4.2011)
6.00 pagi : Solat Subuh.
7.00 pagi : Senamrobik.
7.45 pagi : Sarapan Pagi.
8.30 pagi : Bertolak ke Sungai Jin.
9.15 pagi : Tiba di Sungai Jin.
9.30 pagi : MODUL 3 – Slow Shutter Air Sungai
10.30 pagi : MODUL 4 – Micro/Macro ( Flora & Fauna).
12.00 t/hari : Makan Tengahari.
12.30 t/hari : Aktiviti Kumpulan : Potraiture
2.00 petang : Solat Zuhur / Aktiviti Bebas.
4.00 petang : Bertolak pulang ke Tapis Resort.
5.00 petang : Solat Asar/Minum Petang.
5.30 petang : Persediaan untuk Presentation.
7.00 petang : Solat Magrib / Solat Isyak.
9.00 malam : BBQ & Presentation.
10.30 malam : Tidur.

AHAD (24.4.2011)
5.30 pagi : Bergerak ke Bukit Panorama.
6.15 pagi : Solat Subuh.
7.00 pagi : MODUL 5 – Sunrise Bukit Panorama.
8.30pagi : Sarapan Pagi.
9.00 pagi : Lawatan sekitar Sungai Lembing - Muzium, Kawasan Mesin Biji Timah & Jambatan
Gantung.
12.00 t/hari : Makan Tengahari.
1.00 petang : Berangkat pulang ke SMKC

Pengajaran edit gambar

Pada 23 Mac 2011 , ahli-ahli kelab seni foto telah diajar cara-untuk mengedit gambar oleh saudara Abdul Syakir . Diharapkan dengan pengajaran yang kami dapat , dapat membantu kami sedikit sebanyak dalam bidang fotografi ini .


Sekian

Pengajaran Tentang Light Painting Dan Night Potraiture

Pada 09 Mac 2011 , ahli-ahli kelab ksf telah diajarkan tentang cara-cara bagi menangkap gambar night potraitute dan light painting . Bagi pengajaran ini , saudara Shazrul Edwan atau abang awang telah mengajar kami cara-cara yang betul untuk menangkap gambar bagi light painting dan night potraiture . Berikut merupakan gambar-gambar yang ditangkap pada hari tersebut










sekian .

Pengajaran Asas Fotografi Dan Potraiture

Pada 23 Februari 2011 , ahli-ahli kelab seni foto telah diajar tentang pengajaran asas bagi fotografi iaitu tentang ISO , Shutter Speed dan Aperture . Sementara itu , kami juga diajar tentang cara-cara bagi menangkap gamba potraiture . Berikut merupakan gambar-gambar yang dirakam pada hari tersebut



Kelas pertama Kelab Seni Foto

Pada 19 Januari 2011 , kelas pertama bagi kelab seni foto telah diadakan dan aktiviti yang diadakan ialah membersihkan dan mengemas bilik fotografi .

Selepas siap mengemas , setiap kumpulan diberikan tugasan untuk mencari nama kumpulan dan mencipta logo yang bersesuaian dengan tema seni foto . Pelajar juga diajar cara-cara untuk menjadikan logo kumpulan sebagai watermark untuk gamba yang bakal dirakam nanti .

Dan perjumpaan diakhiri dengan acara memotong kek semperna meraikan penubuhan Kelab Seni Foto SMK CENDERAWASIH .






sekian

Mesyuarat Agung Kelab Seni Foto 2011

Pada 17 Januari 2011 , mesyuarat agung pertama kelab seni foto telah diadakan bagi membincangkan tentang aktiviti dah program yang akan diadakan . Semua ahli telah hadir bagi membincangkan perkara tersebut . Pada hari berkenaan jugak , perlantikan ahli jawatan kuasa juga telah diadakan . Berikut merupakan senarai ahli-ahli jawatan kuasa yang telah dilantik .

Guru penasihat :
1 . Encik Afifzan
2 . Puan Sitti Rokayah

Pengerusi :
Muhammad Farouq b. Hasni

Naib pengerusi :
Muhammad Zharfan Adam b. Marhalim

Setiausaha :
Munirah bt. Abd. Rahman

Timbalan setiausaha :
Wan Nur Auni bt. Wan Abd. Majid

Bendahari :
Puteri Raihan bt. Raja Ashari

Timbalan bendahari :
Nabiqia Ashrof bt. Mohd Radzi

AJK :
Mohd Akib b. Zaidi
Fikram b. Mohd Roslim
Luqman b. Roslan
Muhammad Firdaus b. Abd Rahman

Berikut pula merupakan antara aktiviti dan program yang telah dirancang oleh kelab seni foto smkc bagi tahun 2011

1 . kursus asas fotografi
2 . outdoor photoshoot
3 . indoor photoshoot
4 . pertandingan fotografi
5 . program fotografi anjuran kelab luar
6 . kursus pembinaan blog
7 . kursus edit gambar
8 . kursus design cover majalah
9 . pameran fotografi
10 . kursus kepimpinan koku
11 . perkhemahan bersepadu badan unit beruniform
12 . kejohanan merentas desa
13 . gotong royong perdana
14 . karnival ko dan hari koperasi sekolah
15 . kejohanan olahraga tahunan
16 . pelancaran bulan kemerdekaan
17 . majlis anugerah koku
18 . mesyuarat agung PIBG dan hari anugerah kecemerlangan
19 . solat hajat perdana
20 . majlis redha ilmu PMR , SPM dan STPM
21 . photoshoot untuk majalah sekolah